Monday 31 December 2012

Selamat Tinggal Tahun 2012


Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2012..

Banyak kenangan pahit dan manis aku disepanjang tahun 2012 ini. Esok bermulanya tahun baru. Apa azam tahun baru kali ini?? Emmm..

Bila dikenang kembali kenangan itu, membuatkan aku jadi lebih matang. Matang dalam menempuhi segala dugaan, ujian dan cabaran yang aku lalui. Bagi aku, tahun ini banyak dugaan yang aku lalui. Aku berharap pada tahun baru yang akan menjelma pada esok hari membuatkan seribu erti dalam kehidupan aku.

First, aku dapat kerja di syarikat swasta. Syarikat besar. Ok..aku terima kerja itu dari aku menganggur di rumah yang tak tahu nak buat apa. Aku ingin membantu mak ayah aku. Ingin meringankan beban mereka selama ini. Aku ingin membalas jasa mak ayah aku selama mereka menjaga aku sehingga sekarang.

Permulaan kerja, Alhamdulillah semua ok. Happy jew. Aku pun menjalankan tanggungjawab aku bekerja di sini. Tapi semakin lama aku bekerja di sini, semakin aku tertekan. Entah la.. mungkin ini adalah ujian yang aku kena tempuhi. Allah ingin menguji tahap kesabaran aku. :(

Sabar... Sabar.. Sabar.. dan terus bersabar. Sambil2 itu aku sentiasa mencari kerja lain yang boleh menjamin masa depan aku.

Usaha itu tangga kejayaan. Aku takkan patah semangat mencari masa depan aku. Kehidupan aku masih panjang lagi. :)

Tapi kadang2 aku akan menangis memikirkan masa depan aku yang sentiasa bermain dalam fikiran ini. Syukur alhamdulillah.. kawan2 la yang selalu beri sokongan, nasihat dan pendapat. Aku buntu.. tak tahu nak buat keputusan yang terbaik untuk masa depan. Mak ayah pun sentiasa berada di sisi aku. Mereka adalah kekuatan aku.

Second, aku terlalu rindukan mak ayah di kampung. Sejak dah bekerja, aku jarang balik kampung menjenguk mereka. Alahai.. nasib orang bekerja shift. Memang payah nak cuti. :( Setiap kali aku melihat wajah mak ayah, air mata aku mudah mengalir. Bila aku balik kampung, macam berat sangat nak balik ke KL.. Rasa nak sentiasa dekat dengan mereka.. Tapi apa boleh buat, aku sudah bekerja.

Aku akan berusaha dengan lebih baik untuk orang2 yang aku sayang. Terutama pada mak ayah aku. Aku sangat sayangkan mereka. Tanpa ibu ayah, siapalah aku di dunia ini. Tak lupa juga pada adik beradik aku yang sentiasa bagi semangat pada aku. Dan pada MR RIGHT juga yang tak jemu2 memberi semangat dan sentiasa menjadi pendengar setia, membantu apabila aku ditimpa kesusahan.

Last, my future. Setiap manusia memang inginkan masa depan yang cerah. Yang terjamin. Aku pun ada masa depan aku sendiri. Ingin berjaya dalam hidup.. Ingin merasai nikmat kebahagian bila sudah berkeluarga.. Ingin mencapai matlamat dan impian yang aku inginkan selama ini. Emm.. Aku akan pastikan semua keinginan dan matlamat aku akan aku capai. :) YA!!!! aku boleh capai semua itu!!

Aku kuat!! Kekuatan itu penting dalam diri. Kalau kita tiada kekuatan, kita lemah
.

Next Year 2013!!

Aku ingin lebih membantu mak ayah. Aku akan pastikan aku dapat kerja yang lebih baik dari sekarang. Yang boleh menjamin masa depan aku Walaupun gaji sekarang tak seberapa.. Aku rasa bersyukur dapat berkongsi dengan mak,ayah,abang,kakak dan adik.

Aku akan pastikan semua impian dan matlamat aku akan tercapai. :) Hasil dari titik peluh aku.

Aku akan berusaha dengan lebih baik untuk mencari rezeki yang lebih baik. Untuk orang2 yang aku sayang.

Aku takkan patah semangat untuk membina masa depan aku. Jika ada rezeki, aku ingin sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Aku mahu menjadi diriku ini seorang yang lebih baik. Seorang yang berfikiran positif. Seorang yang kuat, tabah dan sabar.


Sepanjang dalam kehidupan tidak dinafikan akan lalui pelbagai ujian dan dugaan. Sebagai manusia kita harus menempuhinya. Allah sudah tentukan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. 



Tuesday 25 December 2012

Kenapa Aku Begini???


Hmmmm... buntu.. langsung takde semangat dah.. Kenapa aku jadi begini???? :(

Macam-macam yang bermain dalam fikiran aku. Tapi aku keliru. Tak tahu nak buat keputusan.



Fikirkan masa depan yang masih aku belum kecapi..belum nampak lagi masa depan aku.

Fikirkan kerja yang sekarang ni entah apa2 entah...stress sangat..

Fikirkan mak ayah yang aku rindukan.. 



Kenapa aku ini??? :( Ya Allah.. Kuatkanlah diriku ini. Aku tahu ini adalah ujian yang Engkau berikan padaku.

Bila aku fikir..aku akan menangis.


I NEED SOMEONE!!! :(


Friday 7 December 2012

Wedding my BFF


Selamat Pengantin Baru Cik Myra & Suami :)

Eh..silap!! Sekarang dah tukar title.. bukan Cik Myra lagi.. " PUAN AMEERAH!! "
hahaha..

Anyway..Tahniah my bff. :) Sudah kahwin kawan bella sorang nie. Dia la yang rapat dengan bella dekat office. Tapi dah tak kerja kat TM lagi. Emm.. Takpe la kan.. Apa gunanya ada teknologi zaman sekarang nie. Kalau rindu, calling2 la.. betul tak?? hehehe....



Bella nak ucapakan Selamat Pengantin Baru. Semoga Berbahagia Dengan Suami Tersayang dan Kekal Hingga Akhir Hayat. Cepat2 la dapat baby erk!! Tak Sabar nak jadi makcik.. hahaha (ke situ pulak bella nie)..


Sorry..lambat publish picture kahwin. And tak banyak la bella amek picture. Kesuntukkan masa.




P/S : Doakan bella erk supaya ikut jejak langkah Pn Ameerah kita ni. Hehehehe...:)





Musim durian..

Assalamualaikum..

Hai.. Bestnya la!!! Sekarang ni bella ada di kampung halaman. Sudah sekian lama tak balik. Amek cuti lama2 sikit dapat luangkan masa dengan family. Rindu pada mak ayah di kampung. Rindu jugak pada bilik bella.. :) hehe..(itu pun nak bagi tau)..

Sebenarnya bella mengidam sangat nak makan durian. Akhirnya tercapai jugak bella nak makan.



geram2 tengok buah durian
kuning2 semuanya..
Bila mak dah kopek, dengan cepatnya bella amek seulas..hahaha


Bella beli 5 biji, RM20 jew..murahkan!! :) yang saiz besar 1biji, RM30.. Bella beli la 5biji jew. Ada seorang pakcik nie tiba2 masukkan lagi sebiji dalam plastik. Alhamdulillah..rezeki..:)
Terima kasih pakcik..semoga pakcik dimurahkan rezeki.. Lain kali, bila saya beli lagi..boleh bagi free lagi ye..hehehe...


P/S : rasa macam nak beli lagi jew.. hehehe :)






Tuesday 27 November 2012

Di Johor Lagi..

Hai..hai..hai..

Kita berjumpa lagi.. Penatnya la arini. Cuaca kat luar sejuk je. Hujan turun lebat sangat. Berdentam dentum. Macam berperang pulak.Time camni sedap la kalau berada di atas katil. Hehe..... :)

Ok la..sebenarnya bella nak sambung cerita pasal cuti - cuti di Johor . Selepas cuci mata di JPO, kami pun terus ke bandar JB. Nak tau kami ke mana? Inilah tempatnya..


De Zon

De Zon terletak berhampiran dengan sempadan Singapura. Di bandar Johor Bahru. Ia jugak merupakan tempat bebas cukai di Johor. Lebih kurang macam Langkawi jugak.Inilah tempat shopping compleks yang murah. Kat sini ada jual coklat tau.. :) hehe..my fevret!!! macam2 coklat ada. Bella apa lagi, borong la coklat.



Selepas habis bershopping..posing jap.. (^,^)

Lepas tu, kami terus ke Danga Bay. Ramainya orang kat Danga Bay. Tempat ni pun bella belum pernah jejak lagi. Hehe.. Best sangat tempatnya. Macam2 ada. Kami saje jalan2 kat situ cuci mata. Untuk capai hasrat officemate bella ni, kitaorang pun bayar untuk naik kapal Danga Cruise. Kapal besar. Bella pun belum pernah merasa naik kapal besar ni. Apa lagi, join la sekali.


Inilah kapalnya. Besar kan?? Cantik bila waktu malam..
Romantik kalau dinner with partner kat kapal ni kan?? ..hehehe..

Sementara tunggu nak naik, kitaorang pun berehat sekejap. Macam2 ragam pengunjung yang datang ke Danga Bay. Ramai sangat. Ada yang datang satu family dan ada jugak datang dengan pacar. :) Huhu..

Bila serombong kapal dah berbunyi, kitaorang pun terus naik kapal. Agak terpegun dan jakun jugak la bila dah naik kapal tu. Ada tempat VIP, ada untuk tempat jamuan siap ada karoke lagi. Yang mana nak bersantai boleh bersantai di luar. Menghirup udara kat luar. Kitaorang apa lagi, melawat la semua tempat yang ada dalam kapal tu sambil2 amik gambar. Bergambar je kitaorang ni. :)


Suasana di kapal.. ( ada lagi dalam camera officemate bella )


Hehe.. rasa puas dan seronok sangat bercuti kali ni. Lepas ni nak ke mana pulak ye?? :)



Monday 26 November 2012

Cerita Cuti - Cuti

Assalamualaikum..

Alahai.. penat bercuti ni masih belum hilang lagi. Mood bercuti masih melekat lagi dalam hati ni. Hilang semua stress dan penat bekerja. Hehe.. kali ini bella pergi bercuti di JOHOR pulak. Bella pergi dengan officemate. Dah lama plan. Almaklum la kena tunggu cuti sabtu ahad baru boleh jalan - jalan. :)

Sebenarnya hajat bella nak pergi Johor sebab nak beli something. Tapi apa yang bella nak tak kesampaian disebabkan kurang berkemampuan untuk memilikinya. Agak-agak apa erk benda tu?? cer teka.. :) First, kami pergi JPO ( Johor Premium Outlet ).

Inilah tempatnya..



 Kawasan JPO ni sangat luas dan besar. Macam-macam barangan jenama ada. Semua ada sale. Cuma mampu dan tak mampu je la nak membelinya. :) Bella nak beli handbag jenama FOSSIL. Tapi apakan daya, dapat tengok dan sentuh je la. Harga dalam 3 4 ratus setelah diskaun. Selain Fossil, ada jenama lain iaitu GUESS, BONIA, VINCCI, CHARLES & KEITH,... Memang best.





Beginilah suasana di JPO. Ramai datang berkunjung untuk membeli - belah. Terutama bagi kaum HAWA la. huhu..:)


Setelah penat berjalan cuci mata kat JPO, kami apa lagi..berposing la. Nak buat kenangan katakan. Bukan selalu pergi pun kat sini. hehe..




Muka riang ria di JPO


Ok u alls..cerita ni akan bersambung di hari berikutnya. Ada 2 tempat lagi yang bella belum kongsikan. hehe.. Tungguuuuuuuuuuuu.. (^,^)v 





Tuesday 20 November 2012

Kereta Idaman Ku..


Hai u alls..

Hehehe..arini blog bella sudah bertukar wajah.. thank you very much kay.. (^,^)
Cantik sangat dia buat.. so very simple but nice.. Kalau korang nak cuba ubah or nak tukar wajah blog yang baru boleh la jenguk2 blog KAY ( Si Budak Kurus ) .  Pandai dia buatkan. Cepat dan pantas.. Sekejap je dia buatkan.

Sebenarnya bella nak cerita hal lain.. Bella teringin nak dapatkan kereta idaman bella selama ni.

Nak kereta ni..

Pilihan 1


HONDA JAZZ ( nak colour gray )




Pilihan 2



MYVI ELEGANCE ( nak colour purple )




Pilihan 3



SUZUKI SWIFT ( nak colour red )



Bila la bella nak dapatkan kereta idaman nie erk? Bukan semua di atas yang bella nak. Salah satu..:)
Kena la bekerja keras sikit nak kumpul duit.. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih kereta idaman akan menjadi kenyataan..


AMIN..................

Saturday 3 November 2012

Permohonan BR1M 2.0


Pengumuman semua!! :)


Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia sudah dibuka. Mulai 1 November, semua rakyat Malaysia yang layak terutama bagi golongan bujang dan yang sudah berkahwin boleh memohon bantuan rakyat 1 Malaysia.
Tapi dikecualikan bagi pelajar IPT yang menerima Baucar Buku 1Malaysia adalah tidak layak untuk memohon.

Cara memohon senang saje. Dihujung jari sahaja..:)


Boleh memohon secara online. Klik Online BR1M 2.0


Sebelum memohon, perlu baca dulu cara - cara hendak memohon. Bagi yang sudah memohon tidak perlu buat permohonan baru. Hanya yang belum sahaja boleh memohon di BR1M 2.0 . Untuk BR1M 1.0 adalah bagi yang ingin mengemaskini permohonan sahaja.


Selain online, boleh juga memohon melalui borang. Kalau nak memohon secara manual boleh isi di Download Borang BR1M 2.0 . Borang permohonan boleh download secara percuma atau boleh didapati di setiap cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Mudah.. Ringkas.. dan Cepat..!!! hehehe..


Cepat - cepat sebelum tamat tempoh permohonan... :)

Bella sudah mohon. (^,^) ... Anda pula?? 

Thursday 1 November 2012

Produk Kesihatan BDC



Assalamualaikum..


Haii.. sekejap je kan sudah masuk bulan November. Pejam celik je. Cepat betul masa berlalu. Umur pun cepat betul meningkat kan?? . hehehe..:)

Hari nie aku nak perkenal atau lebih kurang nak promote la satu produk kesihatan nie. Produk ni tak ada dijual dipasaran. Aku dapat tahu pun dari abang dan adik aku. Diorang masuk ahli dalam penjualan produk nie.
Produk nie dikeluarkan dari syarikat BUMIDOTCOM SDN. BHD. Syarikat nie bekerjasama dengan Dunia Herbs ( D' Herbs ).

Korang tau tak siapa duta D'Herbs?? 
Alaa..yang cantik molek putih gebu tu la..siapa lagi kalau bukan Nora Danish.


Ini adalah produk - produk kesihatan di BDC



Antara khasiat produk ini adalah :
  • MAQ100 
  1. Mencegah kanser
  2. Mengurang dan mengawal berat badan
  3. Anti penuaan
  4. Menstabilkan hormon
  5. Meningkatkan stamina dan tenaga.
  6. Baik untuk penyakit kulit, mata dan saraf.
  • ACAI CAFE
  1. Meningkatkan tenaga serta menurunkan berat badan
  2. Memelihara kesihatan jantung
  3. Membaiki pengaliran darah
  4. Meningkatkan kualiti tidur
  • D-Less
  1. Melawas sistem pembuangan
  2. Melegakan sembelit
  3. Mencuci usus
  4. Membakar lemak serta mengempiskan perut.
  • FRUITIGAMA
  1. Mengawal paras gula dalam darah
  2. Kaya dengan kolegan yang baik untuk kesihatan kulit
  3. Kecergasan tubuh badan dan kecergasan perkembangan minda kanak - kanak.
Jika ingin tahu perkembangan produk BDC nie, boleh LIKE page BUMIDOTCOM

P/S : Produk ini bagus tau untuk semua golongan. Selamat mencuba!!!! :)


Wednesday 12 September 2012

Jalan - Jalan Cari Makan



Assalamualaikum..

Hai my lovely bloggers..rindunya pada blog. Dah lama tak update blog ni. sian die menyepi. hehe..
Biasa la bella ni time free je dapat mengupdate blog ni. Busy je kan..haha (ntah apa yang dibusynya)

Haa.. bella nak kongsi sikit. Benda ni dah lama plan dengan officemate nak berbuka puasa kat luar kononnya. :) Alhamdulillah..akhirnya tercapai jugak. Nie time puasa aritu tapi baru sekarang nak update. Nak tau kitaorang berbuka kat mana?? Jeng..Jeng..


Besarkan burger nie??

Lokasi : YB Burger . Seksyen 7, Shah Alam.
Harga : 250g (RM10), 500g (RM30) & 1kg (RM40)

Memang sedap la burger nie. Rasa puas hati kalau dah makan. Ni pun teruk jugak nak habiskan. hehe..


Ni semua officemate bella. Sebelum nak rasmikan, kitaorang posing dulu dengan "Burger Besar" nie.


Hehe..sempena Birthday girl ( 4/8/2012 ).. :)
Tak  dapat potong kek, potong YB Burger pun jadi la. (sampai ketap bibir nak potong burger ni)

Kalau korang teringin nak rasa YB Burger ni, pegi la kat restoran dia. Rugi kalau tak cuba. Memang best and sedap. Terbaik la!!!! :) 



Thursday 16 August 2012

Raya Datang Lagi!!!!


Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah..sedar tak sedar dah hampir masuk bulan Syawal. Hampir sebulan kita berpuasa. InsyaAllah..mudah-mudahan kita diberi kesempatan lagi menunaikan ibadah puasa.

Tahun ini adalah tahun yang sayup bagi bella. Sebab di hari raya ini bella kena bekerja pada malam raya dan raya pertama. Ini adalah kali pertama bella tidak dapat beraya bersama keluarga. Alangkah indahnya dapat beraya bersama keluarga. Semua adik beradik bella balik untuk beraya bersama keluarga. Memang tahun ini memberi kesabaran yang tinggi untuk bella hadapinya.

Dikesempatan ini, bella ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri khas kepada pembaca blog bella. Bella ingin mintak ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan andai ada buat salah dan silap.



Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir dan Batin
Berhati - hati balik kampung
Ingatlah orang yang tersayang



P/S : Ayahanda dan Bonda..tunggu anakanda pulang ye..

Saturday 4 August 2012

Birthday Gurl..


Assalamualaikum.. :)



Hehehe..hari ini genap la sudah 23 tahun.. Macam tak percaya jew bella dah makin dewasa. Dah boleh  kawen dah. Tetttt!!! hehe..tapi tu lambat lagi.

Terima kasih kepada mak ayah kerana mereka telah menjaga, mendidik dan menyayangi bella sehingga ke hari ini . Semoga aku dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusanku.

Tidak lupa juga kepada kawan2 bella yang sentiasa ingat pada bella. Terima kasih diatas ucapan kalian semua. Bella amat hargai.  
I Love You So Much!!! :)


Bella rindu sangat zaman sekolah dulu bila ada kawan2 sambut birthday. Ada yang bagi hadiah. Kadang2 tu ada yang buat surprise buat party birthday..:) Rindunye masa tu.
Kalau zaman belajar pulak, kawan2 buat kejutan yang lagi dasyat. Nak tau apakah itu?? Jeng..jeng..jeng..
Kena baling telur dan tepung. Paling teruk sekali kena air longkang. :) hahaha.. 

Tapi itu semua adalah kenangan yang tak dilupakan sampai bila2. 


P/s : Umur da meningkat. Jadi, pemikiran dan tingkah laku kenalah matang erk. Tak boleh jadi budak2 lagi..

Thursday 2 August 2012

Virgin Coconut Oil ( VCO )


Assalammualaikum..

Hari ini bella nak kongsi cerita satu produk kesihatan dan kecantikan diri. Produk ini sesuai untuk semua golongan tidak kira muda mahu pun yang dah berusia . Bella sangat berpuas hati menggunakan produk nie sebabnya bella sendiri mempunyai masalah dalaman dan luaran. hehehe..



Produk kesihatan Virgin Coconut Oil ( VCO ) sudah terkenal sekarang ni. Dah ramai yang menggunakan produk ini. Banyak kelebihannya. Ia bukan sahaja untuk kesihatan dalaman, untuk kecantikan kulit pun boleh. Ramai wanita yang sudah mencuba. Majoriti berpuas hati dengan produk ni termasuk bella sendiri. :)


Nak tau kenapa bella mencuba VCO nie :
  • Kulit muka bella berjerawat dan berminyak .- sekarang kulit muka bella dah kurang berminyak dan jerawat pula cepat kecut . Parut jerawat pula dah berkurangan.
  • Bella kerap juga letih - sekarang bella makin bertenaga dan tak cepat letih.
  • Bella ada masalah sembelit - sekarang bella dah tak sukar nak buang air tapi masih amalkan minum air masak dan makan sayuran dan buah2an.
  • Bella ada sengugut - selepas amalkan VCO sengugut bella dah kurang.

Antara khasiat VCO :

Kecantikan Luaran

  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisme badan
  • Menghasilkan tenaga segera
  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus
  • melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran UV
Kecantikan Dalaman
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
  • Mengurangkan stress pada prankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoporisis
  • Mencegah risiko sakit jantung
  • Mencegah strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi
Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
  • Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh
  • Melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim
  • Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif
  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
  • Membantu mencegah penyakit hati dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain
Membunuh Virus, Bakteria & Kulat
  • Membunuh Virus (yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes) bakteria (yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea) kulat (yang menyebabkan candida, jock itch, kadas, dan infeksi yang lain) serta membunih cacing pita, lice, giardia dan parasit
Hubungan Suami Isteri
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)
  • Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit ulit pada kemaluan
  • Merawat Keputihan
Kesan Segera Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh
  • Melegakan Pernafasan
  • Melawaskan Pembuangan Air Besar dan Kecil 
  • Meningkatkan Kadar Metabolisma Pada Seluruh Tubuh
  • Memusnahkan Organisma perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa(cacing) Di dalam Usus Besar dan Kecil.

Haa..banyakkan khasiat VCO ni. Rugi kalau korang tak mencuba.


P/S : Sekarang keluarga bella ingin mencuba produk VCO nie. :)







Monday 30 July 2012

Raya + Sedih



Assalammualaikum..

Hai u alls.. macam mana dengan puasa korang?? Penuh atau ada sangkut?? hehehe.. harap2 penuh la semuanyer ye.. Sudah buat persiapan untuk raya?? Mesti meriahkan?? Persiapan bella ala kadar je sebab raya tahun nie tak bersemangat sikit..

Raya tahun ni amat tak mengembirakan bella. Nak tau kenapa?? 
Pada malam raya dan raya pertama bella kena kerja..huhu.. ni pertama kali bella tak beraya bersama keluarga.. kena la hidup diperantauan.. Bella dapat cuti raya kedua hingga kelima je. 

Camna la perasaan bella nanti bila tidak dapat beraya bersama keluarga. Mesti rasa nak nangis je nanti.
Dengar lagu raya dan takbir raya kat office je la.

Raya tahun ni semua balik. Semua ada kat kampung . 
Tapi bella kena beraya di office. Sangat tak seronok. Tak dapat nak makan rendang mak buat. 
Waaarrghhhhh..boleh ke bella lalui semua ni??

Raya tahun lepas best sangat sebabnya dapat buat kuih raya dengan mak tersayang. hehe..

Antara kuih kesukaan bella :

KUIH NESTUM BERSALUT COKLAT
nie pula kuih yang paling bella suka..

KUIH COKLAT CIP
Sedapnyerrr..

KUIH TAT NENAS
nie la antara kuih yang bella buat raya tahun lepas..



Harap maklum.. gambar nie di copy paste dari google


Tapi kalau korang ditempat bella, apa perasaan korang erk?? :)


P/S : Rasa tak seronok raya tahun nie..:(




Wednesday 18 July 2012

Bahang Ramadhan



Assalamualaikum...

Khas untuk follower dan pembaca blog bella~~~~ :)



Dikesempatan ini bella nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua follower dan yang membaca blog bella nie. hehe..:)

Walaupun lagi beberapa hari je nak masuk bulan puasa, bahang ramadhan semakin terasa..

Sunday 15 July 2012

Sakit...


Assalamualaikum... :)

Alahai..lama dah bella tak update blog ni. Asyik busy je. Kadang2 tu balik kerja dah penat sampai takde masa nak update. Sekarang nie bella baru je sihat dari kesakitan. Alhamdulillah..

Haa..nie yang bella nak citer kat anda semua mengenai 'kesakitan' bella ni..
Sebelum nie bella pernah kena sembelit. Tapi tak la seteruk mana pun. Kali nie, teruk sangat bella kena sembelit. Sampai 3 hari amik MC dan 3 klinik cek.'Kesakitan' yang bella alami nie macam rasa orang nak bersalin. Macam tu la sakitnya. Bella rasa pedih sangat bila nak buang air. Sampai meleleh air mata nie. hukhuk.. 

Bila rasa pedih tu mungkin sebab ada luka kat dalam. Tu bella rasa macam bengkak je. Takut jugak kalau kena buasir. Seram!!! Bella tak berani la nak teran sangat. Kalau masih tak baik jugak, mak ayah suruh refer kat hospital. Hospital???? Aduh..lagi takut bella dibuatnya. Tapi apa nak buat, kena tahan la kesakitan nie. Tapi Alhamdulillah.. sekarang dah kurang rasa pedih bila nak buang air. Makan pun dah berselera.

Nie la akibat orang makan tak ingat dunia..hehehe..:)
Lagipun nie salah bella jugak sebab kurang minum air, kurang makan sayur dan kurang makan buah..

P/S : Banyakkan makan buah dan sayuran. yang paling penting banyakkan minum air masak. INGAT!!!
        (peringatan untuk diri sendiri. Taubat taknak buat lagi) .


















Thursday 7 June 2012

Join in Blogger



Assalamualaikum... :)

Thanks sebab sudi jengah blog Bella.


Actually, bella nak kongsi..Bella dah lama pasang niat nak ada blog. Bagi Bella blog ni sebuah diari. Tempat ingin meluahkan perasaan, meluahkan pendapat, berkongsi masalah dan macam2 lagi la..

Dulu..masa zaman sekolah teringin nak ada diari tapi apa kan daya.. sibuk dengan aktiviti dan belajar kat sekolah. Sampai tak ada masa nak berdiari ni..


Lagipun, mak ayah Bella tak galakkan Bella berdiari time sekolah.. 

Emm..entah la..Bella pun tak tahu kenapa..So, Bella ikut kata mak ayah..:)

Sekarang Bella sudah ada diari. Tapi bukan dalam bentuk buku..:) hehe.. 
Kan zaman dah moden..semua dihujung jari je..tapi blog Bella ni belum complete lagi. Masih dalam proses. Entry pun belum banyak lagi.

Jadi, sesiapa nak berkawan dan berkongsi cerita, bolehlah follow blog Bella :)


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 | Reserved to Cerita Budak Kecik | Designed by Kay SBK