Monday 31 December 2012

Selamat Tinggal Tahun 2012


Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2012..

Banyak kenangan pahit dan manis aku disepanjang tahun 2012 ini. Esok bermulanya tahun baru. Apa azam tahun baru kali ini?? Emmm..

Bila dikenang kembali kenangan itu, membuatkan aku jadi lebih matang. Matang dalam menempuhi segala dugaan, ujian dan cabaran yang aku lalui. Bagi aku, tahun ini banyak dugaan yang aku lalui. Aku berharap pada tahun baru yang akan menjelma pada esok hari membuatkan seribu erti dalam kehidupan aku.

First, aku dapat kerja di syarikat swasta. Syarikat besar. Ok..aku terima kerja itu dari aku menganggur di rumah yang tak tahu nak buat apa. Aku ingin membantu mak ayah aku. Ingin meringankan beban mereka selama ini. Aku ingin membalas jasa mak ayah aku selama mereka menjaga aku sehingga sekarang.

Permulaan kerja, Alhamdulillah semua ok. Happy jew. Aku pun menjalankan tanggungjawab aku bekerja di sini. Tapi semakin lama aku bekerja di sini, semakin aku tertekan. Entah la.. mungkin ini adalah ujian yang aku kena tempuhi. Allah ingin menguji tahap kesabaran aku. :(

Sabar... Sabar.. Sabar.. dan terus bersabar. Sambil2 itu aku sentiasa mencari kerja lain yang boleh menjamin masa depan aku.

Usaha itu tangga kejayaan. Aku takkan patah semangat mencari masa depan aku. Kehidupan aku masih panjang lagi. :)

Tapi kadang2 aku akan menangis memikirkan masa depan aku yang sentiasa bermain dalam fikiran ini. Syukur alhamdulillah.. kawan2 la yang selalu beri sokongan, nasihat dan pendapat. Aku buntu.. tak tahu nak buat keputusan yang terbaik untuk masa depan. Mak ayah pun sentiasa berada di sisi aku. Mereka adalah kekuatan aku.

Second, aku terlalu rindukan mak ayah di kampung. Sejak dah bekerja, aku jarang balik kampung menjenguk mereka. Alahai.. nasib orang bekerja shift. Memang payah nak cuti. :( Setiap kali aku melihat wajah mak ayah, air mata aku mudah mengalir. Bila aku balik kampung, macam berat sangat nak balik ke KL.. Rasa nak sentiasa dekat dengan mereka.. Tapi apa boleh buat, aku sudah bekerja.

Aku akan berusaha dengan lebih baik untuk orang2 yang aku sayang. Terutama pada mak ayah aku. Aku sangat sayangkan mereka. Tanpa ibu ayah, siapalah aku di dunia ini. Tak lupa juga pada adik beradik aku yang sentiasa bagi semangat pada aku. Dan pada MR RIGHT juga yang tak jemu2 memberi semangat dan sentiasa menjadi pendengar setia, membantu apabila aku ditimpa kesusahan.

Last, my future. Setiap manusia memang inginkan masa depan yang cerah. Yang terjamin. Aku pun ada masa depan aku sendiri. Ingin berjaya dalam hidup.. Ingin merasai nikmat kebahagian bila sudah berkeluarga.. Ingin mencapai matlamat dan impian yang aku inginkan selama ini. Emm.. Aku akan pastikan semua keinginan dan matlamat aku akan aku capai. :) YA!!!! aku boleh capai semua itu!!

Aku kuat!! Kekuatan itu penting dalam diri. Kalau kita tiada kekuatan, kita lemah
.

Next Year 2013!!

Aku ingin lebih membantu mak ayah. Aku akan pastikan aku dapat kerja yang lebih baik dari sekarang. Yang boleh menjamin masa depan aku Walaupun gaji sekarang tak seberapa.. Aku rasa bersyukur dapat berkongsi dengan mak,ayah,abang,kakak dan adik.

Aku akan pastikan semua impian dan matlamat aku akan tercapai. :) Hasil dari titik peluh aku.

Aku akan berusaha dengan lebih baik untuk mencari rezeki yang lebih baik. Untuk orang2 yang aku sayang.

Aku takkan patah semangat untuk membina masa depan aku. Jika ada rezeki, aku ingin sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Aku mahu menjadi diriku ini seorang yang lebih baik. Seorang yang berfikiran positif. Seorang yang kuat, tabah dan sabar.


Sepanjang dalam kehidupan tidak dinafikan akan lalui pelbagai ujian dan dugaan. Sebagai manusia kita harus menempuhinya. Allah sudah tentukan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 | Reserved to Cerita Budak Kecik | Designed by Kay SBK