Friday 13 June 2014

JOM KURUS!!!!

Assalamualaikum..

WELCOME BACK!!! :)

Setelah sekian lama tidak muncul dalam blog..
Akhirnya kembali jua..
Rindu sangat2..

Sebelum tu, bella nak kongsi satu benda..
PRODUK AJAIB!!

Ini dia..


 L'AROME SLIMMING SERUM

Kebaikannya :
* Untuk hilangkan STRECH MARK pada perut
* Untuk hilangkan masalah SELULIT
* Untuk hilangkan PARUT pada kulit
* Untuk kurangkan LEMAK pada badan



Anda semua pernah dengar or melihat brand ini?

L'arome Slimming Serum ini juga sudah memasuki dalam paper mingguan (setiap hari Ahad) serta sudah ada dalam majalah Mingguan Wanita.. L'arome Slimming Serum ini dari Switzeland. Memang superb!! Kesan produk ini 24jam.. Cara penggunaan L'arome hanya SAPU sahaja di bahagian yang berlemak. Penggunan hanya 2 kali sehari (selepas mandi pagi dan selepas mandi petang). Dan perlu banyak minum air masak.
Lelaki dan wanita boleh mengguna slimming serum ini..




Ini adalah keratan yang terdapat dalam akhbar

Ini pula antara testimoni Slimming Serum.. Semakin ramai yang sudah memakai..


 


 Amat menakjubkan!!!

Anda bila lagi? Lebaran akan tiba.. Jom la slim sebelum lebaran ini..

Jika berminat boleh hubungi saya di 012-4061652@ boleh add saya di fb Nurul Nabila.. :)

Sekian.. (^,^)




Saturday 31 August 2013

Rindu Pada Followers Saya..

Assalamualaikum..

Hai u alls,

Lama betul saya tak update blog nie. Mesti kesepian hidupnye. Maafkan saya. Bukan sengaja tak berupdate, saya kekadang ikut mood, kekadang sibuk manjang. Macam-macam lagi la. Saya rindu sangat pada followers saya.

Hehehe.. masih tak terlambat lagi kan untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN dan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-56 pada followers saya. Semoga raya kali ini sangat bermakna buat kalian semua dan semoga negara kita sentiasa aman dan makmur.




MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!
"Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku"



P/S : Adakah rakan-rakan saya sudah MERDEKA??? (^,^)


Sunday 17 March 2013

Jalan - Jalan Cari Makan Lagi


Kali nie bella nak cerita pasal makan-makan lagi. Hehehe.. Hari tu makan kat YB Burger.
Kali nie makan kat Burger Kukus Lava &Bakar di Damansara Damai. Gerai nie bersebelahan dengan McD. Nama gerai nie MAN BURGER KUKUS LAVA & BAKAR. Bab makan-makan nie bella memang suka..:) hehehe..


Man Burger Lava nie bukanlah merupakan satu restoran. Cuma gerai yang dibuka tepi jalan. Tapi not bad la, walaupun hanya sebuah gerai, ramai yang datang tau. Famous jugak sampai masuk segmen jalan-jalan cari makan, TV3, Majalah3..

Ini adalah antara menu-menu yang ada. Harganya takde la mahal mana pun. Ok la.. Cuma larat tak larat je nak habiskan satu burger tu. Yang mana special, dagingnya agak tebal sikit la.




Inilah yang bella makan (belah kiri) iaitu MR. KRABS Ayam Special = RM10.
Jenuh jugak nak habiskan. :)

i

Hehe..sempat lagi snap picture sambil menunggu burger siap.
Ini adalah semua member tempat kerja lama.


Kalau nak tahu lebih lanjut Man Burger Kukus Lava & Bakar.

Man Burger Kukus Lava & Bakar
Tok Yem's Street Mall, Jln PJU 10/1, 
Damansara Damai, 47830 PJ, Selangor.
Buka : 6.00pm - 12.30am ( Isnin tutup )




Friday 22 February 2013

Sepupu Tunang

Assalamualaikum..

Kita bersua lagi. Hehehe.. :) Bella baru je lepas baik dari sakit sebab kena Tonsil. Sakit sangat. Korang tahu tak apa sebab kena tonsil tu?? Nie first time bella kena. Sekali bella pergi klinik, kena injection antibiotik kat lengan kiri. Sekarang selsema pulak. Aduyai.. cuaca tak menentu.. :(

Bella nak cerita kisah sepupu yang baru jew langsungkan pertunangannya minggu lepas kat Kuala Kangsar, Perak.. Walaupun sakit, bella pergi jugak. Bukan apa.. sekali nak jumpa opah bella. Dah lama tak jumpa.

Majlis tunang sepupu macam majlis kahwin. Ramai tapi meriah. Tema majlis tu pink colour. Huhu.. :)

Nie la sepupu bella yang bertunang.. :)

Ini pula hantaran belah perempuan nak bagi belah lelaki..
Serba pink..:) semua ada 23 dulang..
Banyakkan?? Biasa la.. makcik2 ramai.. hehehe..

Hehe.. amek berkat :)

Bella, emak dan kakak yang tersayang..
Kami nak jugak bergambar. hehe..



P/S : Tahniah!!! kepada Ainun Dalila Nordin. Bila pulak turn bella erk?? ;) hehehe..
         InsyaAllah..ada rezeki, kami pulak..kuang..kuang..kuang..



Tuesday 12 February 2013

Kenangan di TM

Dah lama bella tak update blog nie. Sian dia menyepi jew.. Hehehehe..:)

Bulan lepas bella sibuk sangat sampai tak ada masa nak update blog. Sekarang baru ada free time nak update blog yang dah sekian lama menyepi..

Sibuk menguruskan nak berhenti kerja. Sekarang bella dah kerja kat syarikat lain. Syarikat swasta la. Nama company tu Susu Lembu Asli Marketing Sdn Bhd Syarikat yang memasarkan produk susu jenama Goodday. Alhamdulillah rezeki.. Bella masih lagi dalam menyesuaikan diri kat tempat baru. Yang bestnya hari-hari dapat susu free. Alamatnya makin berisi la bella ni..hehehe

Tempat yang bella kerja sekarang ni HQ dia. Kilang memproses kat Johor. Bella lapor diri awal bulan Februari. Baru je lagi. :) Yang paling tak sangka kawan kat tempat baru ada sepupu kepada kawan bella Belog Cik Eka hahaha.. keciknya dunia ni..:)

Sebelum ni bella kerja kat Telekom Malaysia selama 1 tahun jew. Banyak memory yang bella tak boleh lupakan sampai bila-bila. Kenangan bersama kawan seperjuangan di TM. Sedih nak tinggalkan TM.


Hehe.. Hari terakhir merasa pakai headset kat kepala..
bella kerja bahagian Call Centre


bersama supervisor..







Inilah rakan seperjuangan yang rapat dengan bella di TM. 
Kenangan yang takkan bella lupakan..


Thanks korang.. Panjang umur, ada masa..kita jumpa lagi.. :)

Miss U Alls !!!!!



Monday 31 December 2012

Selamat Tinggal Tahun 2012


Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2012..

Banyak kenangan pahit dan manis aku disepanjang tahun 2012 ini. Esok bermulanya tahun baru. Apa azam tahun baru kali ini?? Emmm..

Bila dikenang kembali kenangan itu, membuatkan aku jadi lebih matang. Matang dalam menempuhi segala dugaan, ujian dan cabaran yang aku lalui. Bagi aku, tahun ini banyak dugaan yang aku lalui. Aku berharap pada tahun baru yang akan menjelma pada esok hari membuatkan seribu erti dalam kehidupan aku.

First, aku dapat kerja di syarikat swasta. Syarikat besar. Ok..aku terima kerja itu dari aku menganggur di rumah yang tak tahu nak buat apa. Aku ingin membantu mak ayah aku. Ingin meringankan beban mereka selama ini. Aku ingin membalas jasa mak ayah aku selama mereka menjaga aku sehingga sekarang.

Permulaan kerja, Alhamdulillah semua ok. Happy jew. Aku pun menjalankan tanggungjawab aku bekerja di sini. Tapi semakin lama aku bekerja di sini, semakin aku tertekan. Entah la.. mungkin ini adalah ujian yang aku kena tempuhi. Allah ingin menguji tahap kesabaran aku. :(

Sabar... Sabar.. Sabar.. dan terus bersabar. Sambil2 itu aku sentiasa mencari kerja lain yang boleh menjamin masa depan aku.

Usaha itu tangga kejayaan. Aku takkan patah semangat mencari masa depan aku. Kehidupan aku masih panjang lagi. :)

Tapi kadang2 aku akan menangis memikirkan masa depan aku yang sentiasa bermain dalam fikiran ini. Syukur alhamdulillah.. kawan2 la yang selalu beri sokongan, nasihat dan pendapat. Aku buntu.. tak tahu nak buat keputusan yang terbaik untuk masa depan. Mak ayah pun sentiasa berada di sisi aku. Mereka adalah kekuatan aku.

Second, aku terlalu rindukan mak ayah di kampung. Sejak dah bekerja, aku jarang balik kampung menjenguk mereka. Alahai.. nasib orang bekerja shift. Memang payah nak cuti. :( Setiap kali aku melihat wajah mak ayah, air mata aku mudah mengalir. Bila aku balik kampung, macam berat sangat nak balik ke KL.. Rasa nak sentiasa dekat dengan mereka.. Tapi apa boleh buat, aku sudah bekerja.

Aku akan berusaha dengan lebih baik untuk orang2 yang aku sayang. Terutama pada mak ayah aku. Aku sangat sayangkan mereka. Tanpa ibu ayah, siapalah aku di dunia ini. Tak lupa juga pada adik beradik aku yang sentiasa bagi semangat pada aku. Dan pada MR RIGHT juga yang tak jemu2 memberi semangat dan sentiasa menjadi pendengar setia, membantu apabila aku ditimpa kesusahan.

Last, my future. Setiap manusia memang inginkan masa depan yang cerah. Yang terjamin. Aku pun ada masa depan aku sendiri. Ingin berjaya dalam hidup.. Ingin merasai nikmat kebahagian bila sudah berkeluarga.. Ingin mencapai matlamat dan impian yang aku inginkan selama ini. Emm.. Aku akan pastikan semua keinginan dan matlamat aku akan aku capai. :) YA!!!! aku boleh capai semua itu!!

Aku kuat!! Kekuatan itu penting dalam diri. Kalau kita tiada kekuatan, kita lemah
.

Next Year 2013!!

Aku ingin lebih membantu mak ayah. Aku akan pastikan aku dapat kerja yang lebih baik dari sekarang. Yang boleh menjamin masa depan aku Walaupun gaji sekarang tak seberapa.. Aku rasa bersyukur dapat berkongsi dengan mak,ayah,abang,kakak dan adik.

Aku akan pastikan semua impian dan matlamat aku akan tercapai. :) Hasil dari titik peluh aku.

Aku akan berusaha dengan lebih baik untuk mencari rezeki yang lebih baik. Untuk orang2 yang aku sayang.

Aku takkan patah semangat untuk membina masa depan aku. Jika ada rezeki, aku ingin sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Aku mahu menjadi diriku ini seorang yang lebih baik. Seorang yang berfikiran positif. Seorang yang kuat, tabah dan sabar.


Sepanjang dalam kehidupan tidak dinafikan akan lalui pelbagai ujian dan dugaan. Sebagai manusia kita harus menempuhinya. Allah sudah tentukan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. 



Tuesday 25 December 2012

Kenapa Aku Begini???


Hmmmm... buntu.. langsung takde semangat dah.. Kenapa aku jadi begini???? :(

Macam-macam yang bermain dalam fikiran aku. Tapi aku keliru. Tak tahu nak buat keputusan.



Fikirkan masa depan yang masih aku belum kecapi..belum nampak lagi masa depan aku.

Fikirkan kerja yang sekarang ni entah apa2 entah...stress sangat..

Fikirkan mak ayah yang aku rindukan.. 



Kenapa aku ini??? :( Ya Allah.. Kuatkanlah diriku ini. Aku tahu ini adalah ujian yang Engkau berikan padaku.

Bila aku fikir..aku akan menangis.


I NEED SOMEONE!!! :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 | Reserved to Cerita Budak Kecik | Designed by Kay SBK