Friday 22 February 2013

Sepupu Tunang

Assalamualaikum..

Kita bersua lagi. Hehehe.. :) Bella baru je lepas baik dari sakit sebab kena Tonsil. Sakit sangat. Korang tahu tak apa sebab kena tonsil tu?? Nie first time bella kena. Sekali bella pergi klinik, kena injection antibiotik kat lengan kiri. Sekarang selsema pulak. Aduyai.. cuaca tak menentu.. :(

Bella nak cerita kisah sepupu yang baru jew langsungkan pertunangannya minggu lepas kat Kuala Kangsar, Perak.. Walaupun sakit, bella pergi jugak. Bukan apa.. sekali nak jumpa opah bella. Dah lama tak jumpa.

Majlis tunang sepupu macam majlis kahwin. Ramai tapi meriah. Tema majlis tu pink colour. Huhu.. :)

Nie la sepupu bella yang bertunang.. :)

Ini pula hantaran belah perempuan nak bagi belah lelaki..
Serba pink..:) semua ada 23 dulang..
Banyakkan?? Biasa la.. makcik2 ramai.. hehehe..

Hehe.. amek berkat :)

Bella, emak dan kakak yang tersayang..
Kami nak jugak bergambar. hehe..



P/S : Tahniah!!! kepada Ainun Dalila Nordin. Bila pulak turn bella erk?? ;) hehehe..
         InsyaAllah..ada rezeki, kami pulak..kuang..kuang..kuang..



Tuesday 12 February 2013

Kenangan di TM

Dah lama bella tak update blog nie. Sian dia menyepi jew.. Hehehehe..:)

Bulan lepas bella sibuk sangat sampai tak ada masa nak update blog. Sekarang baru ada free time nak update blog yang dah sekian lama menyepi..

Sibuk menguruskan nak berhenti kerja. Sekarang bella dah kerja kat syarikat lain. Syarikat swasta la. Nama company tu Susu Lembu Asli Marketing Sdn Bhd Syarikat yang memasarkan produk susu jenama Goodday. Alhamdulillah rezeki.. Bella masih lagi dalam menyesuaikan diri kat tempat baru. Yang bestnya hari-hari dapat susu free. Alamatnya makin berisi la bella ni..hehehe

Tempat yang bella kerja sekarang ni HQ dia. Kilang memproses kat Johor. Bella lapor diri awal bulan Februari. Baru je lagi. :) Yang paling tak sangka kawan kat tempat baru ada sepupu kepada kawan bella Belog Cik Eka hahaha.. keciknya dunia ni..:)

Sebelum ni bella kerja kat Telekom Malaysia selama 1 tahun jew. Banyak memory yang bella tak boleh lupakan sampai bila-bila. Kenangan bersama kawan seperjuangan di TM. Sedih nak tinggalkan TM.


Hehe.. Hari terakhir merasa pakai headset kat kepala..
bella kerja bahagian Call Centre


bersama supervisor..







Inilah rakan seperjuangan yang rapat dengan bella di TM. 
Kenangan yang takkan bella lupakan..


Thanks korang.. Panjang umur, ada masa..kita jumpa lagi.. :)

Miss U Alls !!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 | Reserved to Cerita Budak Kecik | Designed by Kay SBK