Thursday 16 August 2012

Raya Datang Lagi!!!!


Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah..sedar tak sedar dah hampir masuk bulan Syawal. Hampir sebulan kita berpuasa. InsyaAllah..mudah-mudahan kita diberi kesempatan lagi menunaikan ibadah puasa.

Tahun ini adalah tahun yang sayup bagi bella. Sebab di hari raya ini bella kena bekerja pada malam raya dan raya pertama. Ini adalah kali pertama bella tidak dapat beraya bersama keluarga. Alangkah indahnya dapat beraya bersama keluarga. Semua adik beradik bella balik untuk beraya bersama keluarga. Memang tahun ini memberi kesabaran yang tinggi untuk bella hadapinya.

Dikesempatan ini, bella ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri khas kepada pembaca blog bella. Bella ingin mintak ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan andai ada buat salah dan silap.



Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir dan Batin
Berhati - hati balik kampung
Ingatlah orang yang tersayang



P/S : Ayahanda dan Bonda..tunggu anakanda pulang ye..

Saturday 4 August 2012

Birthday Gurl..


Assalamualaikum.. :)



Hehehe..hari ini genap la sudah 23 tahun.. Macam tak percaya jew bella dah makin dewasa. Dah boleh  kawen dah. Tetttt!!! hehe..tapi tu lambat lagi.

Terima kasih kepada mak ayah kerana mereka telah menjaga, mendidik dan menyayangi bella sehingga ke hari ini . Semoga aku dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusanku.

Tidak lupa juga kepada kawan2 bella yang sentiasa ingat pada bella. Terima kasih diatas ucapan kalian semua. Bella amat hargai.  
I Love You So Much!!! :)


Bella rindu sangat zaman sekolah dulu bila ada kawan2 sambut birthday. Ada yang bagi hadiah. Kadang2 tu ada yang buat surprise buat party birthday..:) Rindunye masa tu.
Kalau zaman belajar pulak, kawan2 buat kejutan yang lagi dasyat. Nak tau apakah itu?? Jeng..jeng..jeng..
Kena baling telur dan tepung. Paling teruk sekali kena air longkang. :) hahaha.. 

Tapi itu semua adalah kenangan yang tak dilupakan sampai bila2. 


P/s : Umur da meningkat. Jadi, pemikiran dan tingkah laku kenalah matang erk. Tak boleh jadi budak2 lagi..

Thursday 2 August 2012

Virgin Coconut Oil ( VCO )


Assalammualaikum..

Hari ini bella nak kongsi cerita satu produk kesihatan dan kecantikan diri. Produk ini sesuai untuk semua golongan tidak kira muda mahu pun yang dah berusia . Bella sangat berpuas hati menggunakan produk nie sebabnya bella sendiri mempunyai masalah dalaman dan luaran. hehehe..



Produk kesihatan Virgin Coconut Oil ( VCO ) sudah terkenal sekarang ni. Dah ramai yang menggunakan produk ini. Banyak kelebihannya. Ia bukan sahaja untuk kesihatan dalaman, untuk kecantikan kulit pun boleh. Ramai wanita yang sudah mencuba. Majoriti berpuas hati dengan produk ni termasuk bella sendiri. :)


Nak tau kenapa bella mencuba VCO nie :
  • Kulit muka bella berjerawat dan berminyak .- sekarang kulit muka bella dah kurang berminyak dan jerawat pula cepat kecut . Parut jerawat pula dah berkurangan.
  • Bella kerap juga letih - sekarang bella makin bertenaga dan tak cepat letih.
  • Bella ada masalah sembelit - sekarang bella dah tak sukar nak buang air tapi masih amalkan minum air masak dan makan sayuran dan buah2an.
  • Bella ada sengugut - selepas amalkan VCO sengugut bella dah kurang.

Antara khasiat VCO :

Kecantikan Luaran

  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisme badan
  • Menghasilkan tenaga segera
  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus
  • melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran UV
Kecantikan Dalaman
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
  • Mengurangkan stress pada prankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoporisis
  • Mencegah risiko sakit jantung
  • Mencegah strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi
Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
  • Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh
  • Melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim
  • Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif
  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
  • Membantu mencegah penyakit hati dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain
Membunuh Virus, Bakteria & Kulat
  • Membunuh Virus (yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes) bakteria (yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea) kulat (yang menyebabkan candida, jock itch, kadas, dan infeksi yang lain) serta membunih cacing pita, lice, giardia dan parasit
Hubungan Suami Isteri
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)
  • Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit ulit pada kemaluan
  • Merawat Keputihan
Kesan Segera Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh
  • Melegakan Pernafasan
  • Melawaskan Pembuangan Air Besar dan Kecil 
  • Meningkatkan Kadar Metabolisma Pada Seluruh Tubuh
  • Memusnahkan Organisma perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa(cacing) Di dalam Usus Besar dan Kecil.

Haa..banyakkan khasiat VCO ni. Rugi kalau korang tak mencuba.


P/S : Sekarang keluarga bella ingin mencuba produk VCO nie. :)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 | Reserved to Cerita Budak Kecik | Designed by Kay SBK