Tuesday 27 November 2012

Di Johor Lagi..

Hai..hai..hai..

Kita berjumpa lagi.. Penatnya la arini. Cuaca kat luar sejuk je. Hujan turun lebat sangat. Berdentam dentum. Macam berperang pulak.Time camni sedap la kalau berada di atas katil. Hehe..... :)

Ok la..sebenarnya bella nak sambung cerita pasal cuti - cuti di Johor . Selepas cuci mata di JPO, kami pun terus ke bandar JB. Nak tau kami ke mana? Inilah tempatnya..


De Zon

De Zon terletak berhampiran dengan sempadan Singapura. Di bandar Johor Bahru. Ia jugak merupakan tempat bebas cukai di Johor. Lebih kurang macam Langkawi jugak.Inilah tempat shopping compleks yang murah. Kat sini ada jual coklat tau.. :) hehe..my fevret!!! macam2 coklat ada. Bella apa lagi, borong la coklat.



Selepas habis bershopping..posing jap.. (^,^)

Lepas tu, kami terus ke Danga Bay. Ramainya orang kat Danga Bay. Tempat ni pun bella belum pernah jejak lagi. Hehe.. Best sangat tempatnya. Macam2 ada. Kami saje jalan2 kat situ cuci mata. Untuk capai hasrat officemate bella ni, kitaorang pun bayar untuk naik kapal Danga Cruise. Kapal besar. Bella pun belum pernah merasa naik kapal besar ni. Apa lagi, join la sekali.


Inilah kapalnya. Besar kan?? Cantik bila waktu malam..
Romantik kalau dinner with partner kat kapal ni kan?? ..hehehe..

Sementara tunggu nak naik, kitaorang pun berehat sekejap. Macam2 ragam pengunjung yang datang ke Danga Bay. Ramai sangat. Ada yang datang satu family dan ada jugak datang dengan pacar. :) Huhu..

Bila serombong kapal dah berbunyi, kitaorang pun terus naik kapal. Agak terpegun dan jakun jugak la bila dah naik kapal tu. Ada tempat VIP, ada untuk tempat jamuan siap ada karoke lagi. Yang mana nak bersantai boleh bersantai di luar. Menghirup udara kat luar. Kitaorang apa lagi, melawat la semua tempat yang ada dalam kapal tu sambil2 amik gambar. Bergambar je kitaorang ni. :)


Suasana di kapal.. ( ada lagi dalam camera officemate bella )


Hehe.. rasa puas dan seronok sangat bercuti kali ni. Lepas ni nak ke mana pulak ye?? :)



Monday 26 November 2012

Cerita Cuti - Cuti

Assalamualaikum..

Alahai.. penat bercuti ni masih belum hilang lagi. Mood bercuti masih melekat lagi dalam hati ni. Hilang semua stress dan penat bekerja. Hehe.. kali ini bella pergi bercuti di JOHOR pulak. Bella pergi dengan officemate. Dah lama plan. Almaklum la kena tunggu cuti sabtu ahad baru boleh jalan - jalan. :)

Sebenarnya hajat bella nak pergi Johor sebab nak beli something. Tapi apa yang bella nak tak kesampaian disebabkan kurang berkemampuan untuk memilikinya. Agak-agak apa erk benda tu?? cer teka.. :) First, kami pergi JPO ( Johor Premium Outlet ).

Inilah tempatnya..



 Kawasan JPO ni sangat luas dan besar. Macam-macam barangan jenama ada. Semua ada sale. Cuma mampu dan tak mampu je la nak membelinya. :) Bella nak beli handbag jenama FOSSIL. Tapi apakan daya, dapat tengok dan sentuh je la. Harga dalam 3 4 ratus setelah diskaun. Selain Fossil, ada jenama lain iaitu GUESS, BONIA, VINCCI, CHARLES & KEITH,... Memang best.





Beginilah suasana di JPO. Ramai datang berkunjung untuk membeli - belah. Terutama bagi kaum HAWA la. huhu..:)


Setelah penat berjalan cuci mata kat JPO, kami apa lagi..berposing la. Nak buat kenangan katakan. Bukan selalu pergi pun kat sini. hehe..




Muka riang ria di JPO


Ok u alls..cerita ni akan bersambung di hari berikutnya. Ada 2 tempat lagi yang bella belum kongsikan. hehe.. Tungguuuuuuuuuuuu.. (^,^)v 





Tuesday 20 November 2012

Kereta Idaman Ku..


Hai u alls..

Hehehe..arini blog bella sudah bertukar wajah.. thank you very much kay.. (^,^)
Cantik sangat dia buat.. so very simple but nice.. Kalau korang nak cuba ubah or nak tukar wajah blog yang baru boleh la jenguk2 blog KAY ( Si Budak Kurus ) .  Pandai dia buatkan. Cepat dan pantas.. Sekejap je dia buatkan.

Sebenarnya bella nak cerita hal lain.. Bella teringin nak dapatkan kereta idaman bella selama ni.

Nak kereta ni..

Pilihan 1


HONDA JAZZ ( nak colour gray )




Pilihan 2



MYVI ELEGANCE ( nak colour purple )




Pilihan 3



SUZUKI SWIFT ( nak colour red )



Bila la bella nak dapatkan kereta idaman nie erk? Bukan semua di atas yang bella nak. Salah satu..:)
Kena la bekerja keras sikit nak kumpul duit.. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih kereta idaman akan menjadi kenyataan..


AMIN..................

Saturday 3 November 2012

Permohonan BR1M 2.0


Pengumuman semua!! :)


Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia sudah dibuka. Mulai 1 November, semua rakyat Malaysia yang layak terutama bagi golongan bujang dan yang sudah berkahwin boleh memohon bantuan rakyat 1 Malaysia.
Tapi dikecualikan bagi pelajar IPT yang menerima Baucar Buku 1Malaysia adalah tidak layak untuk memohon.

Cara memohon senang saje. Dihujung jari sahaja..:)


Boleh memohon secara online. Klik Online BR1M 2.0


Sebelum memohon, perlu baca dulu cara - cara hendak memohon. Bagi yang sudah memohon tidak perlu buat permohonan baru. Hanya yang belum sahaja boleh memohon di BR1M 2.0 . Untuk BR1M 1.0 adalah bagi yang ingin mengemaskini permohonan sahaja.


Selain online, boleh juga memohon melalui borang. Kalau nak memohon secara manual boleh isi di Download Borang BR1M 2.0 . Borang permohonan boleh download secara percuma atau boleh didapati di setiap cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Mudah.. Ringkas.. dan Cepat..!!! hehehe..


Cepat - cepat sebelum tamat tempoh permohonan... :)

Bella sudah mohon. (^,^) ... Anda pula?? 

Thursday 1 November 2012

Produk Kesihatan BDC



Assalamualaikum..


Haii.. sekejap je kan sudah masuk bulan November. Pejam celik je. Cepat betul masa berlalu. Umur pun cepat betul meningkat kan?? . hehehe..:)

Hari nie aku nak perkenal atau lebih kurang nak promote la satu produk kesihatan nie. Produk ni tak ada dijual dipasaran. Aku dapat tahu pun dari abang dan adik aku. Diorang masuk ahli dalam penjualan produk nie.
Produk nie dikeluarkan dari syarikat BUMIDOTCOM SDN. BHD. Syarikat nie bekerjasama dengan Dunia Herbs ( D' Herbs ).

Korang tau tak siapa duta D'Herbs?? 
Alaa..yang cantik molek putih gebu tu la..siapa lagi kalau bukan Nora Danish.


Ini adalah produk - produk kesihatan di BDC



Antara khasiat produk ini adalah :
  • MAQ100 
  1. Mencegah kanser
  2. Mengurang dan mengawal berat badan
  3. Anti penuaan
  4. Menstabilkan hormon
  5. Meningkatkan stamina dan tenaga.
  6. Baik untuk penyakit kulit, mata dan saraf.
  • ACAI CAFE
  1. Meningkatkan tenaga serta menurunkan berat badan
  2. Memelihara kesihatan jantung
  3. Membaiki pengaliran darah
  4. Meningkatkan kualiti tidur
  • D-Less
  1. Melawas sistem pembuangan
  2. Melegakan sembelit
  3. Mencuci usus
  4. Membakar lemak serta mengempiskan perut.
  • FRUITIGAMA
  1. Mengawal paras gula dalam darah
  2. Kaya dengan kolegan yang baik untuk kesihatan kulit
  3. Kecergasan tubuh badan dan kecergasan perkembangan minda kanak - kanak.
Jika ingin tahu perkembangan produk BDC nie, boleh LIKE page BUMIDOTCOM

P/S : Produk ini bagus tau untuk semua golongan. Selamat mencuba!!!! :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 | Reserved to Cerita Budak Kecik | Designed by Kay SBK