Tuesday 27 November 2012

Di Johor Lagi..

Hai..hai..hai..

Kita berjumpa lagi.. Penatnya la arini. Cuaca kat luar sejuk je. Hujan turun lebat sangat. Berdentam dentum. Macam berperang pulak.Time camni sedap la kalau berada di atas katil. Hehe..... :)

Ok la..sebenarnya bella nak sambung cerita pasal cuti - cuti di Johor . Selepas cuci mata di JPO, kami pun terus ke bandar JB. Nak tau kami ke mana? Inilah tempatnya..


De Zon

De Zon terletak berhampiran dengan sempadan Singapura. Di bandar Johor Bahru. Ia jugak merupakan tempat bebas cukai di Johor. Lebih kurang macam Langkawi jugak.Inilah tempat shopping compleks yang murah. Kat sini ada jual coklat tau.. :) hehe..my fevret!!! macam2 coklat ada. Bella apa lagi, borong la coklat.



Selepas habis bershopping..posing jap.. (^,^)

Lepas tu, kami terus ke Danga Bay. Ramainya orang kat Danga Bay. Tempat ni pun bella belum pernah jejak lagi. Hehe.. Best sangat tempatnya. Macam2 ada. Kami saje jalan2 kat situ cuci mata. Untuk capai hasrat officemate bella ni, kitaorang pun bayar untuk naik kapal Danga Cruise. Kapal besar. Bella pun belum pernah merasa naik kapal besar ni. Apa lagi, join la sekali.


Inilah kapalnya. Besar kan?? Cantik bila waktu malam..
Romantik kalau dinner with partner kat kapal ni kan?? ..hehehe..

Sementara tunggu nak naik, kitaorang pun berehat sekejap. Macam2 ragam pengunjung yang datang ke Danga Bay. Ramai sangat. Ada yang datang satu family dan ada jugak datang dengan pacar. :) Huhu..

Bila serombong kapal dah berbunyi, kitaorang pun terus naik kapal. Agak terpegun dan jakun jugak la bila dah naik kapal tu. Ada tempat VIP, ada untuk tempat jamuan siap ada karoke lagi. Yang mana nak bersantai boleh bersantai di luar. Menghirup udara kat luar. Kitaorang apa lagi, melawat la semua tempat yang ada dalam kapal tu sambil2 amik gambar. Bergambar je kitaorang ni. :)


Suasana di kapal.. ( ada lagi dalam camera officemate bella )


Hehe.. rasa puas dan seronok sangat bercuti kali ni. Lepas ni nak ke mana pulak ye?? :)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 | Reserved to Cerita Budak Kecik | Designed by Kay SBK