Monday 31 December 2012

Selamat Tinggal Tahun 2012


Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2012..

Banyak kenangan pahit dan manis aku disepanjang tahun 2012 ini. Esok bermulanya tahun baru. Apa azam tahun baru kali ini?? Emmm..

Bila dikenang kembali kenangan itu, membuatkan aku jadi lebih matang. Matang dalam menempuhi segala dugaan, ujian dan cabaran yang aku lalui. Bagi aku, tahun ini banyak dugaan yang aku lalui. Aku berharap pada tahun baru yang akan menjelma pada esok hari membuatkan seribu erti dalam kehidupan aku.

First, aku dapat kerja di syarikat swasta. Syarikat besar. Ok..aku terima kerja itu dari aku menganggur di rumah yang tak tahu nak buat apa. Aku ingin membantu mak ayah aku. Ingin meringankan beban mereka selama ini. Aku ingin membalas jasa mak ayah aku selama mereka menjaga aku sehingga sekarang.

Permulaan kerja, Alhamdulillah semua ok. Happy jew. Aku pun menjalankan tanggungjawab aku bekerja di sini. Tapi semakin lama aku bekerja di sini, semakin aku tertekan. Entah la.. mungkin ini adalah ujian yang aku kena tempuhi. Allah ingin menguji tahap kesabaran aku. :(

Sabar... Sabar.. Sabar.. dan terus bersabar. Sambil2 itu aku sentiasa mencari kerja lain yang boleh menjamin masa depan aku.

Usaha itu tangga kejayaan. Aku takkan patah semangat mencari masa depan aku. Kehidupan aku masih panjang lagi. :)

Tapi kadang2 aku akan menangis memikirkan masa depan aku yang sentiasa bermain dalam fikiran ini. Syukur alhamdulillah.. kawan2 la yang selalu beri sokongan, nasihat dan pendapat. Aku buntu.. tak tahu nak buat keputusan yang terbaik untuk masa depan. Mak ayah pun sentiasa berada di sisi aku. Mereka adalah kekuatan aku.

Second, aku terlalu rindukan mak ayah di kampung. Sejak dah bekerja, aku jarang balik kampung menjenguk mereka. Alahai.. nasib orang bekerja shift. Memang payah nak cuti. :( Setiap kali aku melihat wajah mak ayah, air mata aku mudah mengalir. Bila aku balik kampung, macam berat sangat nak balik ke KL.. Rasa nak sentiasa dekat dengan mereka.. Tapi apa boleh buat, aku sudah bekerja.

Aku akan berusaha dengan lebih baik untuk orang2 yang aku sayang. Terutama pada mak ayah aku. Aku sangat sayangkan mereka. Tanpa ibu ayah, siapalah aku di dunia ini. Tak lupa juga pada adik beradik aku yang sentiasa bagi semangat pada aku. Dan pada MR RIGHT juga yang tak jemu2 memberi semangat dan sentiasa menjadi pendengar setia, membantu apabila aku ditimpa kesusahan.

Last, my future. Setiap manusia memang inginkan masa depan yang cerah. Yang terjamin. Aku pun ada masa depan aku sendiri. Ingin berjaya dalam hidup.. Ingin merasai nikmat kebahagian bila sudah berkeluarga.. Ingin mencapai matlamat dan impian yang aku inginkan selama ini. Emm.. Aku akan pastikan semua keinginan dan matlamat aku akan aku capai. :) YA!!!! aku boleh capai semua itu!!

Aku kuat!! Kekuatan itu penting dalam diri. Kalau kita tiada kekuatan, kita lemah
.

Next Year 2013!!

Aku ingin lebih membantu mak ayah. Aku akan pastikan aku dapat kerja yang lebih baik dari sekarang. Yang boleh menjamin masa depan aku Walaupun gaji sekarang tak seberapa.. Aku rasa bersyukur dapat berkongsi dengan mak,ayah,abang,kakak dan adik.

Aku akan pastikan semua impian dan matlamat aku akan tercapai. :) Hasil dari titik peluh aku.

Aku akan berusaha dengan lebih baik untuk mencari rezeki yang lebih baik. Untuk orang2 yang aku sayang.

Aku takkan patah semangat untuk membina masa depan aku. Jika ada rezeki, aku ingin sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Aku mahu menjadi diriku ini seorang yang lebih baik. Seorang yang berfikiran positif. Seorang yang kuat, tabah dan sabar.


Sepanjang dalam kehidupan tidak dinafikan akan lalui pelbagai ujian dan dugaan. Sebagai manusia kita harus menempuhinya. Allah sudah tentukan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. 



Tuesday 25 December 2012

Kenapa Aku Begini???


Hmmmm... buntu.. langsung takde semangat dah.. Kenapa aku jadi begini???? :(

Macam-macam yang bermain dalam fikiran aku. Tapi aku keliru. Tak tahu nak buat keputusan.



Fikirkan masa depan yang masih aku belum kecapi..belum nampak lagi masa depan aku.

Fikirkan kerja yang sekarang ni entah apa2 entah...stress sangat..

Fikirkan mak ayah yang aku rindukan.. 



Kenapa aku ini??? :( Ya Allah.. Kuatkanlah diriku ini. Aku tahu ini adalah ujian yang Engkau berikan padaku.

Bila aku fikir..aku akan menangis.


I NEED SOMEONE!!! :(


Friday 7 December 2012

Wedding my BFF


Selamat Pengantin Baru Cik Myra & Suami :)

Eh..silap!! Sekarang dah tukar title.. bukan Cik Myra lagi.. " PUAN AMEERAH!! "
hahaha..

Anyway..Tahniah my bff. :) Sudah kahwin kawan bella sorang nie. Dia la yang rapat dengan bella dekat office. Tapi dah tak kerja kat TM lagi. Emm.. Takpe la kan.. Apa gunanya ada teknologi zaman sekarang nie. Kalau rindu, calling2 la.. betul tak?? hehehe....



Bella nak ucapakan Selamat Pengantin Baru. Semoga Berbahagia Dengan Suami Tersayang dan Kekal Hingga Akhir Hayat. Cepat2 la dapat baby erk!! Tak Sabar nak jadi makcik.. hahaha (ke situ pulak bella nie)..


Sorry..lambat publish picture kahwin. And tak banyak la bella amek picture. Kesuntukkan masa.




P/S : Doakan bella erk supaya ikut jejak langkah Pn Ameerah kita ni. Hehehehe...:)





Musim durian..

Assalamualaikum..

Hai.. Bestnya la!!! Sekarang ni bella ada di kampung halaman. Sudah sekian lama tak balik. Amek cuti lama2 sikit dapat luangkan masa dengan family. Rindu pada mak ayah di kampung. Rindu jugak pada bilik bella.. :) hehe..(itu pun nak bagi tau)..

Sebenarnya bella mengidam sangat nak makan durian. Akhirnya tercapai jugak bella nak makan.



geram2 tengok buah durian
kuning2 semuanya..
Bila mak dah kopek, dengan cepatnya bella amek seulas..hahaha


Bella beli 5 biji, RM20 jew..murahkan!! :) yang saiz besar 1biji, RM30.. Bella beli la 5biji jew. Ada seorang pakcik nie tiba2 masukkan lagi sebiji dalam plastik. Alhamdulillah..rezeki..:)
Terima kasih pakcik..semoga pakcik dimurahkan rezeki.. Lain kali, bila saya beli lagi..boleh bagi free lagi ye..hehehe...


P/S : rasa macam nak beli lagi jew.. hehehe :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 | Reserved to Cerita Budak Kecik | Designed by Kay SBK